AGENSI

Pembersihan kesan minyak Sungai Langat selesai, LUAS pantau 24 jam

10 Apr 2024, 12:00 AM
Pembersihan kesan minyak Sungai Langat selesai, LUAS pantau 24 jam

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kerja pembersihan kesan minyak di Sungai Langat selesai dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada jam 9.40 malam tadi.

Agensi itu di Facebook memaklumkan pihaknya sentiasa berada di lokasi 24 jam bagi pemantauan statik dan rondaan di kawasan sensitif dan dikenal pasti.

"Kerja pembersihan oleh kontraktor yang dilantik di lokasi terlibat penemuan punca kesan minyak di Sungai Langat pagi semalam telah dilaksanakan dan dipantau rapi oleh LUAS.

"Verifikasi LUAS di lokasi juga mendapati bacaan 0 ton dan tiada kesan minyak ditemui," katanya.

Agensi itu juga memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap sedia bagi sebarang tindakan mitigasi segera sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

Semalam, LUAS menemukan kesan minyak di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan mengesyaki ia berpunca daripada kawasan perindustrian berdekatan dengan bacaan 2 ton.

Tindakan pencegahan dijalankan dengan meletakkan satu beg 'activated carbon' dan 12 keping 'oil pad' di dalam pembetung bagi memerangkap dan menghalang aliran kesan minyak mengalir ke Sungai Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619