AGENDA

Penunggang wanita maut motor dilanggar sebelum digilis treler

9 Apr 2024, 1:07 PM
Penunggang wanita maut motor dilanggar sebelum digilis treler

SHAH ALAM, 9 APRIL: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggani dilanggar sebelum mangsa digilis sebuah lori treler dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, di Jalan Klang Utama, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kemalangan yang berlaku berhampiran dengan sebuah kilang minuman itu, mangsa telah diseret sejauh kira-kira 6 meter.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619