AGENDA

MB: Pelihara kebersamaan, keharmonian terbina sekian lama

9 Apr 2024, 10:00 AM
MB: Pelihara kebersamaan, keharmonian terbina sekian lama
MB: Pelihara kebersamaan, keharmonian terbina sekian lama

SHAH ALAM, 9 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengajak rakyat memelihara kebersamaan dan keharmonian yang terbina sejak sekian lama di negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata seruan itu bertepatan ketika ada kelompok yang ingin menimbulkan keraguan atau kegusaran untuk agenda beberapa individu.

“Alhamdulillah sepanjang Ramadan (ini) saya melihat kemakmuran, kebersamaan dan kesederhanaan malam-malam terakhir Ramadan di masjid di seluruh Selangor.

“Manfaatkanlah sepenuhnya silaturahim dan ukhuwah yang telah kita bina selama ini seperti yang dianjurkan agama,” katanya menerusi perutusan Aidilfitri.

Amirudin turut mengajak rakyat meneruskan amalan baik pada bulan mulia seperti menyantuni golongan fakir, anak yatim serta mereka kurang berkemampuan.

“Kesederhanaan ini harus kita teruskan dan bukan saja ditampilkan melalui tindakan tetapi menerusi akal budi dan fikiran agar anak-anak kita turut mewarisi budaya dan akhlak yang serupa ke arah melahirkan generasi bermaruah dan berwawasan,” katanya.

[caption id="attachment_581261" align="alignnone" width="800"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meluangkan masa bermain bunga api bersama pengunjung sempena Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Selangor di Padang Awam Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 13 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau menambah berdasar prestasi pungutan hasil sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, Kerajaan Negeri memberi bantuan khas sebulan gaji kepada 21,736 penjawat awam yang disalurkan semalam.

“Pentadbiran ini juga memanjangkan insentif ini kepada 4,350 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dengan Bantuan Mahabbah Ramadan sebanyak RM1,000 serta RM500 kepada 1,600 guru rakyat bagi menghargai peranan mereka.

“Semua ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM49.46 juta bagi manfaat warga Selangor,” katanya.

Amirudin mewakili pihak Kerajaan Negeri turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan mendoakan perjalanan yang selamat di jalan raya.

Beliau juga memohon kemaafan setulus ikhlas atas sebarang kekurangan yang ada dan berazam untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619