AGENDA

Tentera Israel undur dari Khan Younis, selatan Gaza

8 Apr 2024, 1:00 PM
Tentera Israel undur dari Khan Younis, selatan Gaza

BAITULMAQDIS, 8 APRIL: Tentera rejim berundur dari bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menurut laporan media Israel pada Ahad.

"Divisyen ke-98 dengan tiga brigednya, berundur dari Khan Younis malam tadi selepas tamat operasi di sana susulan pertempuran yang berlangsung selama empat bulan," lapor Agensi Anadolu memetik Radio Tentera Israel.

Radio Tentera Israel berkata hanya ada satu briged yang tinggal di Gaza iaitu Nahal Brigade yang bertanggungjawab untuk mengawal koridor ditubuhkan tentera Israel untuk menghalang penduduk Gaza kembali ke utara wilayah itu.

Sementara itu, sumber Palestin memaklumkan tentera Israel berundur dari semua kawasan barat bandar Khan Younis sementara pasukan itu kekal ditempatkan di timur bandar berkenaan.

Menurut penyiar awam Israel KAN, tentera rejim berundur dari Semenanjung Gaza kecuali mereka yang berada di Bandaraya Gaza untuk menghalang kepulangan rakyat Palestin ke utara.

Operasi darat tentera Israel bermula di Khan Younis pada 3 Disember dengan tujuan menyelamatkan tebusan Israel yang ditahan Hamas.

Bagaimanapun berdasarkan dakwaan tentera, tentera penceroboh meninggalkan bandar itu tanpa mencapai matlamatnya.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619