AGENDA

Polis rampas 1,145 pasang kasut miliki logo mirip kalimah Allah

8 Apr 2024, 5:30 AM
Polis rampas 1,145 pasang kasut miliki logo mirip kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Polis merampas 1,145 pasang kasut berjenama bagi membantu siasatan berhubung laporan mengenai logo kasut yang dikatakan mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata rampasan kasut itu dilakukan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti sama ada logo itu menyerupai tulisan khat kalimah Allah atau sebaliknya.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat. Penjual dan pengusaha kasut itu kami akan panggil (beri keterangan) dan pada masa sama kita juga tunggu laporan daripada Jakim,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai Op Selamat ke-22 yang dilancarkan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 8 hingga 13 April ini, Razarudin berkata kira-kira 6,000 anggota akan terlibat dalam tugasan operasi berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619