ADN

Lebih 100 asnaf, ibu tunggal DUN Sentosa terima sumbangan Aidilfitri

8 Apr 2024, 5:23 AM
Lebih 100 asnaf, ibu tunggal DUN Sentosa terima sumbangan Aidilfitri
Lebih 100 asnaf, ibu tunggal DUN Sentosa terima sumbangan Aidilfitri

SHAH ALAM, 8 APR: Lebih 100 asnaf dan ibu tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima sumbangan barangan keperluan asas Aidilfitri dan duit raya, semalam.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata barangan asas termasuk beras disumbang bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan hari raya.

“Ini bagi membantu masyarakat Islam yang memerlukan supaya tiada terkecuali meraikan sambutan hari raya tahun ini.

“Antara penerima adalah dari Taman Sentosa, Kampung Jawa, Botanik dan Pendamar.

“Semoga bantuan ini dapat membantu mereka yang memerlukan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang dengan lebih meriah,” katanya.

[caption id="attachment_637052" align="aligncenter" width="895"] Lebih 100 asnaf dan ibu tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima bantuan barangan keperluan asas Aidilfitri dan duit raya pada 7 April 2024. Foto Facebook ADN Sentosa[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619