AGENSI

Negeri sedia bas percuma bawa mahasiswa Selangor pulang beraya

8 Apr 2024, 2:06 AM
Negeri sedia bas percuma bawa mahasiswa Selangor pulang beraya

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak lima bas disediakan Kerajaan Negeri bagi membawa pulang lebih 180 mahasiswa Selangor daripada beberapa universiti tempatan sempena sambutan Aidilfitri.

Dato’ Menteri Besar berkata program Mahasiswa Selangor Pulang Beraya 2024 melibatkan pelajar Universiti Sains Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang turut dibawa pulang menerusi inisiatif berkenaan.

“Program dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Selangor (Permas) Nasional ini bertujuan membantu mahasiswa pulang beraya bersama keluarga.

“Bas ini akan menghantar pelajar ke Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur dan dataran bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) di sini,” katanya di Facebook.

Amirudin berkata pentadbiran negeri sentiasa komited menjaga kebajikan mahasiswa, malah program kali ini bertujuan meringankan beban kewangan selain memudahkan mereka pulang beraya.

“Program ini merupakan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri membantu mahasiswa pulang semasa era pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya lagi.

Ketika sambutan Aidilfitri 2021, Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada 352 anak Selangor yang belajar di enam institusi pengajian tinggi seluruh Semenanjung.

Inisiatif berkenaan bagi meringankan beban ibu bapa yang mengalami tekanan kewangan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619