AGENDA

Isu logo kasut mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok

7 Apr 2024, 10:25 AM
Isu logo kasut mirip kalimah Allah, Jakim panggil pihak berkaitan esok

PUTRAJAYA, 7 APRIL: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

"Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na'im berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular foto yang memaparkan logo kasut keluaran syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah dan ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619