AGENDA

Pemain skuasy lelaki negara mara ke pentas akhir terbuka Jerman

7 Apr 2024, 1:50 AM
Pemain skuasy lelaki negara mara ke pentas akhir terbuka Jerman

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow melangkah ke pentas akhir Terbuka Jerman 2024 selepas menumbangkan pilihan utama kejohanan Joel Makin dari Wales dalam aksi mendebarkan selama 73 minit pada perlawanan separuh akhir di Hamburg, Jerman awal pagi tadi waktu Malaysia.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.

Namun Makin yang berada di ranking kesembilan dunia bangkit dengan 11-6 di set ketiga sebelum Eain Yow menoktahkan kemenangan dengan 11-8 pada set penentuan.

Eain Yow berkata menjaga emosi sebaiknya ialah kunci kemenangan untuk menewaskan Makin, namun mengakui perjuangannya belum berakhir apabila beliau akan menentang Dimitri Steinmann dari Switzerland pada final hari ini.

“Saya tak boleh terlalu teruja, pada awal set ketiga saya buat silap dan beliau ‘menghukum saya’. Saya rasa beliau juga sedang bertahan dengan kecederaan hari ini.

“Tahapnya mungkin bukan 100 peratus, tetapi permainan berlangsung 73 minit, menunjukkan beliau memang pemain yang hebat,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.

Terdahulu Steinmann menewaskan Mohamed Elsherbini dari Mesir 11-8, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619