AGENDA

Badminton Masters Malaysia, tiket dijual dalam talian mulai Isnin ini

6 Apr 2024, 3:00 PM
Badminton Masters Malaysia, tiket dijual dalam talian mulai Isnin ini

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Peminat badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dari 21-26 Mei ini

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird) dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.

"Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori “Platinum’ kini tersedia dengan tawaran awal,” menurut BAM dalam kenyataan malam ini.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.ticket2u.com.my.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619