AGENDA

Lelaki ditahan jual mercun tanpa permit di bazar Ramadan

6 Apr 2024, 1:22 PM
Lelaki ditahan jual mercun tanpa permit di bazar Ramadan

KOTA BHARU, 6 APRIL: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit dianggarkan bernilai RM2,000 di bazar Ramadan Ayer Lanas, Jeli, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata siasatan polis mendapati lelaki warga tempatan itu ,mengaku membeli bekalan tersebut secara dalam talian dan tidak mempunyai permit semasa berniaga di bazar berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala lelaki itu direman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata peniaga atau individu yang ingin menjual bahan berkenaan perlu memiliki permit menjual mercun dan bunga api yang sah.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619