AGENDA

Dua polis disyaki peras ugut lelaki babitkan nilai RM2,000 ditahan

6 Apr 2024, 7:38 AM
Dua polis disyaki peras ugut lelaki babitkan nilai RM2,000 ditahan

JOHOR BAHRU, 6 APRIL: Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini membabitkan nilai RM2,000 ditahan, semalam.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kedua-dua anggota berusia 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan pada 1.50 tengah hari oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Beliau berkata satu laporan polis diterima pada 12.23 tengah malam semalam (5 April), berhubung seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun mendakwa telah diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada Selasa (2 April).

“Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan imigresen, beliau telah ditahan oleh dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Kemudian, suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000, bagi mengelakkan daripada ditangkap dan ditahan di lokap polis,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kumar berkata hasil ujian saringan air kencing kedua-dua anggota berkenaan ialah negatif daripada segala jenis dadah dan reman terhadap mereka dikenakan selama tiga hari sehingga 8 April, bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619