AGENSI

1,500 ayam antara barangan keperluan asas di jualan murah Aidilfitri hari ini, esok

6 Apr 2024, 2:49 AM
1,500 ayam antara barangan keperluan asas di jualan murah Aidilfitri hari ini, esok
1,500 ayam antara barangan keperluan asas di jualan murah Aidilfitri hari ini, esok
1,500 ayam antara barangan keperluan asas di jualan murah Aidilfitri hari ini, esok

SHAH ALAM, 6 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri diadakan di dua lokasi hari ini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Dua lokasi itu ialah di Dataran Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam (DUN Pandan Indah) dan Stesen Bas Pekan Sabak (DUN Sabak).

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu membawa pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, daging, beras dan telur bagi membantu orang ramai membuat persiapan hari raya.

Selain barangan keperluan asas itu, PKPS turut membawa pelbagai makanan kering.

Program itu menawarkan ayam, daging dan telur pada harga RM10, ikan RM6 satu pek, beras 5 kilogram RM13 dan minyak 5kg RM25 sebotol.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata 1,500 ekor ayam, 500 pek ikan dan daging, 600 papan telur dan beras serta 144 botol minyak masak dibawa ke setiap lokasi jualan mega pada hari ini dan esok.

Selain dua lokasi pada hari ini, program sama diadakan di tiga lokasi esok iaitu Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves (DUN Sungai Tua); Dataran Pantai Batu Laut (DUN Tanjung Sepat) dan Jalan Ara 5 JRD Batang Kali (berdekatan Dewan Abdul Hamid Batang Kali) (DUN Kuala Kubu Bharu).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619