AGENDA

Seorang maut, dua parah, enam cedera kemalangan libat tujuh kenderaan

6 Apr 2024, 1:22 AM
Seorang maut, dua parah, enam cedera kemalangan libat tujuh kenderaan

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Pemandu pacuan empat roda maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 425.6 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan pacuan empat roda dan pemandu kereta jenis Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.

Beliau berkata enam lagi mangsa yang cedera ringan merupakan seorang lelaki dewasa, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dan kesemuanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Semua 24 penumpang dan dua pemandu bas ekspres bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 11.37 malam dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bersama sebuah jentera, ambulans dan pacuan empat roda dikerah ke lokasi kejadian.

"Kerja mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera selesai 1.15 pagi tadi," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619