AGENSI

KDEBWM sedia tong Roro kutip sampah pukal di tiga PBT

6 Apr 2024, 1:06 AM
KDEBWM sedia tong Roro kutip sampah pukal di tiga PBT

SHAH ALAM, 6 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan tong 'Roll On Roll Off' (Roro) bagi kutipan sampah pukal di tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata PBT itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam; Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang.

"Kita laksanakan di tiga PBT ini kerana hampir setiap tahun banyak permintaan penduduk di kawasan ini.

"Kita mengalu-alukan orang awam segera membuat permohonan sekiranya mahu sampah pukal seperti perabot atau tilam dikutip di kawasan kediaman mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media KDEBWM berhubung Taklimat Operasi Kutipan Sisa Pepejal pada Aidilfitri 2024 di sini semalam.

Beliau menjelaskan, permohonan kutipan sampah pukal boleh dibuat menerusi aplikasi iClean Selangor yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store atau Apple Apps Store.

"KDEBWM akan memproses permohonan dalam tempoh 24 jam. Orang ramai juga digalak hubungi kita melalui aplikasi sekiranya ada aduan," katanya.

Tambahnya, penduduk juga disaran melaporkan kepada KDEBWM sekiranya ada dalam kalangan kakitangan agensinya meminta upah atau duit raya.

"Saya beri amaran kepada pekerja supaya tidak meminta duit raya daripada penduduk dan sekiranya saya terima aduan, individu tersebut akan diberhentikan kerja," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619