AGENDA

Rakyat Malaysia dinasihat waspada susulan gempa bumi di New York

6 Apr 2024, 12:17 AM
Rakyat Malaysia dinasihat waspada susulan gempa bumi di New York

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York mengesahkan gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.

Menurut kenyataan itu, walaupun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan, pihak berkuasa masih menilai keadaan dan situasi semasa.

Notis pemberhentian darat telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di lapangan terbang utama dan menggantung beberapa perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.

Kementerian Luar berkata Konsulat Jeneral Malaysia di New York giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan berwaspada, berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Ia juga berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat atau mempunyai pertanyaan lanjut dinasihatkan hubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York di alamat: 313 East 43rd Street New York, NY 10017 atau melalui nombor telefon: +1(212) 490 2723 atau melalui e-mel: mwnewyorkcg@ kln.gov.my.

Perkembangan terkini mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619