AGENDA

Ringan beban sambut raya, negeri anjur JER mega hingga Ahad

5 Apr 2024, 12:00 AM
Ringan beban sambut raya, negeri anjur JER mega hingga Ahad
Ringan beban sambut raya, negeri anjur JER mega hingga Ahad

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri berlangsung di 18 lokasi sejak Rabu hingga Ahad ini bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan kelengkapan raya.

EXCO Pertanian berkata jualan murah itu menawarkan lima barangan utama iaitu ayam (RM10 seekor), daging segar (RM35/sekilo (kg) daging beku (RM10/kg), telur (RM10/sepapan), minyak masak (RM35/lima kg) dan beras (RM13/lima kg).

Jelas Ir Izham Hashim, sepanjang lima hari berlangsung, sebanyak 14,800 ekor ayam disediakan selain daging segar (6,100 kg) daging beku (2,000 kg) telur (9,400 papan), minyak (3,976 botol) dan beras (7,600 kampit).

Program khas perayaan dianjur bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).

Lokasi jualan seperti berikut:

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619