PBT

MPAJ sedia pusat sehenti bantu orang ramai urus kereta terbiar secara percuma

4 Apr 2024, 3:00 AM
MPAJ sedia pusat sehenti bantu orang ramai urus kereta terbiar secara percuma

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pemilik kenderaan usang dan terbiar dipelawa menghantar aset mereka ke pusat sehenti kereta terbiar yang disediakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan inisiatif baharu itu bagi membantu orang awam menguruskan kenderaan yang tidak digunakan lagi.

“Ia turut membantu orang awam melupuskan kenderaan mereka yang terbiar dan tidak digunakan secara sukarela berdasarkan garis panduan dan perundangan.

“Perkhidmatan yang disediakan juga adalah percuma namun pemilik perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan MPAJ,” katanya menerusi Facebook.

Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pemohon merupakan pemilik sah, kenderaan bebas hutang, tidak disenarai hitam dan bebas rekod jenayah.

Warga Ampang Jaya yang berminat boleh memohon melalui pautan intranet.mpaj.gov.my/spmkm atau hubungi talian 03-4285 7024 atau e-mel ke penguatkuasa@mpaj.gov.my.

“Pemohon juga boleh hadir ke Menara MPAJ atau di Depoh MPAJ Taman Putra Sulaiman atau di Depoh MPAJ Taman Melawati.

"Hubungi Jabatan Penguatkuasa MPAJ di talian 03-42857024 untuk sebarang pertanyaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619