PBT

MBDK santuni komuniti strata, agih sumbangan Aidilfitri

3 Apr 2024, 1:10 PM
MBDK santuni komuniti strata, agih sumbangan Aidilfitri
MBDK santuni komuniti strata, agih sumbangan Aidilfitri

KLANG, 3 APRIL: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyantuni komuniti strata dengan mengagih bakul makanan serta wang tunai kepada penduduk Pangsapuri Sri Bahtera, Pulau Indah di sini hari ini.

Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan berkata 50 individu terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas menerima manfaat program itu.

“Buat julung kali kita adakan program bantuan ini babitkan pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan yang keseluruhannya seramai 22 individu.

“Kita berjaya mengumpul wang tunai RM10,000 dan diagihkan dalam bentuk bakul makanan dan sumbangan Aidilfitri,” katanya pada program Kongsi Barakah Ramadan bersama Komuniti Strata MBDK.

[caption id="attachment_636211" align="alignnone" width="820"] Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan bergambar bersama penduduk Pangsapuri Sri Bahtera, Pulau Indah, Klang pada program Kongsi Barakah Ramadan bersama Komuniti Strata MBDK pada 3 April 2024. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

Noraini menjelaskan program itu tercetus apabila Jabatan Pesuruhjaya Bangunan melawat pangsapuri kos rendah berkenaan bagi menggalak komuniti menubuh jawatankuasa penduduk.

“Daripada sini kita lihat ramai golongan sasaran memerlukan bantuan. Kita berharap dengan adanya sumbangan itu dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada penduduk,” katanya.

Penerima bantuan, Siti Rohaya Mohd Ijab, 42, berterima kasih di atas keprihatinan MBDK memberikan sumbangan wang tunai dan keperluan harian khususnya menjelang Syawal.

“Menjelang Aidilfitri sudah pasti banyak gunakan wang untuk membeli keperluan dapur. Alhamdulillah dan terima kasih atas bantuan diberikan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619