AGENDA

Negeri tumpu aeroangkasa, semikonduktor, perkenal kemudahan kewangan tarik pelabur

3 Apr 2024, 1:00 AM
Negeri tumpu aeroangkasa, semikonduktor, perkenal kemudahan kewangan tarik pelabur
Negeri tumpu aeroangkasa, semikonduktor, perkenal kemudahan kewangan tarik pelabur
Negeri tumpu aeroangkasa, semikonduktor, perkenal kemudahan kewangan tarik pelabur

KUALA LANGAT, 3 APRIL: Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada tiga sektor sepanjang tahun ini termasuk pembangunan Taman Aero Antarabangsa Selangor di Sepang bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya juga bakal memperkenal kemudahan kewangan sebagai strategi menarik pelabur selain meneroka industri semikonduktur.

[caption id="attachment_636098" align="aligncenter" width="812"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Perasmian NCT Smart Industrial Park Sales Gallery di Jalan Langat Lestari, Sepang pada 2 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sasaran tahun ini untuk taman aeroangkasa kerana kita kesan elemen ini beri jaminan yang baik. Selain itu, bersesuaian dengan kajian separuh penggal nanti, kita akan umumkan kemudahan kewangan.

“Kita akan bincang dengan beberapa institusi perbankan termasuk menawarkan pelaburan dalam projek Rancangan Selangor Pertama. Kita gunakan rizab untuk selaras pergerakan.

“Kita turut teroka industri semikonduktor, bidang ini ada kekuatan untuk pertingkatkan ekosistem malah gelombang perang dagang antara China dan Amerika Syarikat akan bawa kemasukan pelabur ke sini dan Selangor tak akan terlepas,” katanya.

[caption id="attachment_636096" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat pelan pembangunan NCT Smart Industrial Park selepas merasmikan NCT Smart Industrial Park Sales Gallery di Jalan Langat Lestari, Sepang pada 2 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui pada pelancaran Taman Industri Pintar NCT (NSIP) di sini semalam, Amirudin menjangkakan industri semikonduktor tahun ini akan menarik nilai pelaburan sehingga RM3 bilion selain membuka banyak peluang kerja.

“Kita sudah kenal pasti beberapa kawasan berpotensi. Antara cadangannya di Puchong, Subang dan Shah Alam. Kita jangka jalin kerjasama dengan beberapa negara antaranya China,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619