AGENDA

MB agih bantuan RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri

2 Apr 2024, 4:00 AM
MB agih bantuan RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri

SHAH ALAM,2 APRIL: Kerajaan Negeri menyumbangkan sejumlah RM1.54 juta kepada 440 masjid seluruh negeri sebagai penghargaan khidmat bakti penggerak rumah ibadat itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan menerusi Insentif Kita Selangor Aidilfitri juga meringankan beban mereka membuat persiapan hari raya.

"Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menyokong fungsi masjid sebagai institusi agama dalam menggerakkan syiar Islam di negeri ini," katanya di Facebook.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan perpaduan di Selangor sentiasa memelihara kebajikan imam, bilal, siak dan nazir saban tahun melalui pelbagai bantuan.

"(Justeru), tohmahan pentadbiran kerajaan perpaduan di Selangor tidak menjaga kebajikan golongan itu di seluruh Selangor adalah palsu dan fitnah semata-mata," tegasnya.

Terdahulu, Amirudin menyerahkan sumbangan tersebut di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang turut dihadiri EXCO Agama Dr Fahmi Ngah.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619