AGENSI

Kusel serah bantuan tunai santuni warga Gaza berbuka puasa

1 Apr 2024, 9:32 AM
Kusel serah bantuan tunai santuni warga Gaza berbuka puasa

SHAH ALAM, 1 APRIL: Anak syarikat negeri Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (Kusel) menyumbang RM5,000 kepada Tabung Palestin menerusi Persatuan Penyayang Salam (Salam Relief) pada 27 Mac.

Pengarah urusan kumpulannya berkata bantuan itu bagi menyantuni penduduk Gaza yang berpuasa dengan kesedihan tanpa ahli keluarga selain krisis makanan berikutan perang sejak Oktober tahun lalu.

“Justeru, atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan yang tinggi, Kusel berbesar hati menyalurkan sumbangan ke Tabung Palestin menerusi Salam Relief," kata Khairul Azmi Misran dalam kenyataan.

Serahan sumbangan disempurnakan semasa majlis berbuka puasa Kusel untuk meraikan warga kerja dan ahli keluarga, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Salam Relief Halim Redzuan.

Sementara itu, Halim berkata agensi berkenaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Turki akan menyediakan 3,400 makanan panas sebagai juadah berbuka di Gaza bermula 1 hingga 7 April.

"Ia akan disediakan dengan IHH Humanitarian Relief Foundation yang mempunyai dapur pusat di Rafah. Justeru, sumbangan daripada Kusel akan disalurkan bagi menjayakan inisiatif tersebut," katanya.

Salam Relief merupakan NGO yang aktif dalam menyalurkan bantuan kemanusian kepada golongan memerlukan, tidak kira di Malaysia mahupun antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619