AGENSI

UIS buka ambilan pelajar lepasan STAM, tawar 24 bidang pengajian

1 Apr 2024, 8:27 AM
UIS buka ambilan pelajar lepasan STAM, tawar 24 bidang pengajian

SHAH ALAM, 1 APRIL: Universiti Islam Selangor (UIS) membuka permohonan melanjutkan pengajian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 Sesi 1 2024/2025.

Institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu menawarkan 24 bidang termasuk ijazah sarjana muda pengajian Islam, pengurusan dan muamalah, pendidikan, multimedia dan sains komputer serta sains sosial.

“Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi pautan https://study.kuis.edu.my/permohonan-kemasukan-pelajar-baharu.

“Maklumat lanjut hubungi 03-8911 7073/7072 atau menerusi aplikasi Whatsapp wasap.my/60193896937/lepasanSTAM,” katanya di Facebook.

UIS berjaya melahirkan 29,876 graduan antara 1998 hingga tahun lalu. Selain ijazah sarjana muda, universiti berkenaan turut menawarkan program asasi, diploma, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619