AGENDA

Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus tahun ini

1 Apr 2024, 5:15 AM
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Bank Dunia mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada 4.3 peratus menerusi kemas kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024 berdasarkan jangkaan kemungkinan kepada pemulihan pertumbuhan global dan keadaan kewangan yang terhad.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Aaditya Mattoo berkata permintaan domestik akan terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia untuk meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.

Penggunaan swasta dijangka meningkat 5.2 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2023, didorong oleh keadaan pasaran buruh yang menggalakkan dan langkah sokongan pendapatan isi rumah yang berterusan.

Selain itu, eksport kasar diunjurkan naik 4.8 peratus daripada penyusutan 7.9 peratus tahun lalu seiring dengan jangkaan pemulihan dalam perdagangan global.

“Berikutan pendedahan Malaysia kepada China, pertumbuhan perlahan di China akan menimbulkan kesulitan.

“Bagaimanapun secara umumnya, Malaysia akan menerima manfaat daripada apa yang dikatakan sebagai kitaran teknologi, yang merangsang eksport elektrik dan elektronik (E&E), dan ia telah mendapat manfaat daripada penempatan semula yang signifikan bagi pengeluaran semikonduktor dari China,” katanya pada sidang media melalui Zoom hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619