AGENDA

PM ziarah menteri agama terima rawatan di Hospital Putrajaya

29 Mac 2024, 10:24 AM
PM ziarah menteri agama terima rawatan di Hospital Putrajaya

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan X (Twitter) beserta dua keping gambar dikongsikan hari ini, Anwar berkata Mohd Naim baharu sahaja menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, insya-Allah,” katanya.

Mohd Na’im menerusi hantaran di laman Facebook dan X (Twitter) pula mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri yang menziarahi beliau petang ini.

“Terima kasih kerana telah mendoakan kesembuhan buat saya. Semoga sedikit masa lagi, saya akan bertugas semula seperti biasa di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619