AGENDA

DOSM tambah 300 kaunter fizikal, 8.79 juta individu kemas kini Padu

28 Mac 2024, 8:08 AM
DOSM tambah 300 kaunter fizikal, 8.79 juta individu kemas kini Padu
DOSM tambah 300 kaunter fizikal, 8.79 juta individu kemas kini Padu

MELAKA, 28 MAC: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) giat menyusun pelbagai strategi termasuk menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem Pangakalan Data Utama (Padu) berjalan lancar menjelang tarikh akhir pada 31 Mac ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata hal itu sebagai persediaan bagi menampung 6,000 kaunter fizikal sedia ada di seluruh negara, yang digembleng bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Penerangan, pihak berkuasa tempatan (PBT) badan bukan kerajaan (NGO) dan penggunaan lebih 900 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) bagi menghadapi kesesakan yang dijangka berlaku pada hari tersebut.

"Kita juga ingin memaklumkan bahawa pada hari terakhir tersebut, kaunter fizikal hanya akan mengeluarkan nombor sehingga 5 petang kerana kita tahu jika tiada waktu terakhir ini, masih ada yang datang pada saat akhir.

[caption id="attachment_632590" align="alignleft" width="500"] Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto BERNAMA[/caption]

"Bagaimanapun bagi kemas kini secara dalam talian ia berterusan sehingga 11.59 malam pada Ahad ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pengoperasian kaunter fizikal Padu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata pertambahan kaunter fizikal itu susulan orang ramai dilihat lebih berpuas hati apabila mengisi di depan pegawai sedangkan mereka boleh mengisi secara dalam talian, khususnya dalam golongan umur pertengahan dan warga emas.

"Bagi yang muda, golongan ini tidak begitu nampak di kaunter fizikal kerana mereka boleh layari sistem tersebut melalui peranti masing-masing untuk melakukan kemas kini dan secara purata, setiap hari lebih 350,000 orang mengemas kini maklumat masing-masing secara dalam talian atau hadir ke kaunter," katanya.

Setakat hari ini katanya 8.79 juta penduduk Malaysia telah mengemas kini maklumat masing-masing dalam sistem Padu dan trend tersebut menyaksikan peningkatan mendadak sejak minggu lalu sekali gus memberi petunjuk bahawa sasaran 50 peratus pendaftaran menjelang 31 Mac ini akan tercapai.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619