AGENDA

Rumah dipecah masuk, 200 peluru, senapang milik penoreh getah hilang

28 Mac 2024, 3:54 AM
Rumah dipecah masuk, 200 peluru, senapang milik penoreh getah hilang

SEREMBAN, 28 MAC: Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan senjata api jenis shortgun 12 bore dan 200 peluru itu pada 9.51 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas ketika kejadian. Turut hilang ialah satu peti simpanan senapang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619