AGENDA

Thailand alu-alukan resolusi gencatan senjata segera di Palestin

27 Mac 2024, 1:00 PM
Thailand alu-alukan resolusi gencatan senjata segera di Palestin

BANGKOK, 27 MAC: Thailand mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera pada bulan Ramadan di Gaza, menurut kenyataan Kementerian Luar Rabu.

"Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Thailand yakin adalah penting bagi semua pihak terlibat untuk mematuhi resolusi ini dalam gesaannya untuk mengurangkan penderitaan manusia dan kepulangan selamat semua tebusan yang tinggal, termasuk warga Thailand.

"Resolusi ini merupakan satu langkah besar ke hadapan, yang Thailand benar-benar berharap akan menetapkan jalan ke arah gencatan senjata berkekalan, kembali kepada rundingan dan keamanan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara," menurut kementerian itu.

UNSC pada Isnin meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza sempena bulan suci Islam Ramadan, yang bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan 10 ahli majlis yang dipilih, manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.

Resolusi itu menggesa "gencatan senjata segera sempena Ramadan, dihormati oleh semua pihak yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan".

Ia juga menuntut "pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, serta memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan kemanusiaan mereka yang lain".

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619