AGENDA

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April

26 Mac 2024, 1:27 PM
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi N06 Kuala Kubu Baharu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan disahkan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu, katanya.

Kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu itu berikutan kematian penyandangnya mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia pada pagi 21 Mac, setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619