AGENDA

Stoking kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok

25 Mac 2024, 3:20 PM
Stoking kalimah Allah: Dua syarikat termasuk KK Mart didakwa esok

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd serta pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.

AGC turut memaklumkan Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah-pengarahnya juga akan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Sebelum ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pada 16 Mac lepas, pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619