AGENDA

80 ditahan disyaki jadi 'keldai akaun' serah maklumat bank kepada sindiket

25 Mac 2024, 6:00 AM
80 ditahan disyaki jadi 'keldai akaun' serah maklumat bank kepada sindiket

SIBU, 25 MAC: Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi ’keldai akuan' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata individu terbabit telah didakwa di mahkamah berhubung kesalahan tersebut.

"Menyerahkan akaun kepada pihak yang tidak berwajib bukan sahaja melanggar undang-undang malah memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti jenayah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha mencegah penipuan secara dalam talian.

Zulkipli mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak menyerahkan maklumat akaun peribadi kepada orang lain kerana tindakan itu boleh membawa kepada penyalahgunaan maklumat peribadi dan menyebabkan kerugian yang besar.

Pihak polis katanya akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan maklumat peribadi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619