AGENSI

427 anak yatim daerah Sepang terima sumbangan Aidilfitri Yide

24 Mac 2024, 7:06 AM
427 anak yatim daerah Sepang terima sumbangan Aidilfitri Yide
427 anak yatim daerah Sepang terima sumbangan Aidilfitri Yide
427 anak yatim daerah Sepang terima sumbangan Aidilfitri Yide

SEPANG, 24 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjumlah RM64,050 kepada 427 anak yatim.

Baginda turut berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tujuh Ketua Sahabat Prihatin Yide (K-SPY) bagi daerah Sepang dan Hulu Langat yang berperanan mengenal pasti anak yatim baharu untuk disantuni.

[caption id="attachment_634693" align="aligncenter" width="668"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 24 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada majlis sama Baginda turut menyaksikan sesi penyerahan cek cura bernilai RM49,450 dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Yide khusus untuk dana kebajikan anak yatim.

Tengku Amir selepas itu mendengar tazkirah Ramadan disampaikan penceramah Pencetus Ummah (PU) Hafiz atau Muhammad Hafiz Mohd Haneefa sebelum menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Turut hadir Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

[caption id="attachment_634696" align="aligncenter" width="628"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan meyaksikan Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor menerima cek cura dari wakil PTPTN khusus bagi dana kebajikan anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 24 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619