AGENDA

Lelaki rentung kereta terbakar selepas terbabas

24 Mac 2024, 12:25 AM
Lelaki rentung kereta terbakar selepas terbabas

IPOH, 23 MAC: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas dan terbakar di tepi jalan Kampung Ayer Hitam, Batu 13, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam.

"Kami mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dan Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan serta jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus serta terdapat seorang mangsa lelaki di dalamnya," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pasukan bomba melakukan teknik Receo bagi melakukan penyelamatan dan pemadaman api, namun mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.

Operasi tamat pada 11.27 malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619