AGENDA

Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

23 Mac 2024, 5:09 AM
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.26 pagi.

"Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tempat yang tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619