AGENSI

Hijrah tawar usahawan pembiayaan hingga RM50,000 beli aset niaga, ubah suai premis

23 Mac 2024, 1:15 AM
Hijrah tawar usahawan pembiayaan hingga RM50,000 beli aset niaga, ubah suai premis
Hijrah tawar usahawan pembiayaan hingga RM50,000 beli aset niaga, ubah suai premis

SHAH ALAM, 23 MAC: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon skim pembiayaan i-Bisnes.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan agensi itu menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan untuk pembelian aset dan pengubahsuaian premis perniagaan.

“Tawaran Skim Pembiayaan i-Bisnes sehingga RM 50,000. Untuk permohonan, boleh mohon di https://mikrokredit.selangor.gov.my.,” katanya di Facebook.

Selain skim i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Pada 20 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah berkata 88,653 pembiayaan diberi kepada 59,508 peminjam membabitkan keseluruhan berjumlah RM797 juta sejak 2015.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619