ADN

Orang ramai dipelawa kumpul pakaian terpakai, bantu golongan memerlukan

22 Mac 2024, 9:00 AM
Orang ramai dipelawa kumpul pakaian terpakai, bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 22 MAC: Orang ramai dipelawa mengumpul pakaian terpakai (preloved) yang masih elok dan menyerahkannya kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku.

Wakil rakyatnya berkata pakaian terkumpul itu akan diedarkan kepada golongan kurang berpendapatan selain membantu meringankan beban mereka untuk menyambut Aidilfitri.

"Program #BundleRaya ini sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dan sambutan setiap tahun menggalakkan. Selain sumbangan individu kita turut terima (pakaian) daripada syarikat dan badan bukan kerajaan.

"Kita mengalu-alukan serahan pakaian terpakai seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu, samping, songkok, tudung, kerongsang mahupun kasut," kata Lim Yi Wei ketika dihubungi.

Yi Wei menjelaskan mana-mana individu yang berminat untuk sertai boleh serahkan barangan tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kampung Tunku mulai hari ini sehingga 27 Mac ini.

"Selepas tarikh itu kita akan mula pilih dan mengasingkan pakaian yang masih elok kemudian kita jangka edaran dibuat pada 30 Mac ini di Dewan Orang Ramai Flat Sri Aman," ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi penyelaras program Nur Rahim Nasir menerusi talian WhatsApp 018-906 0270.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619