PBT

MPAJ sumbang RM57,200 kepada institusi agama, rumah kebajikan

22 Mac 2024, 6:33 AM
MPAJ sumbang RM57,200 kepada institusi agama, rumah kebajikan
MPAJ sumbang RM57,200 kepada institusi agama, rumah kebajikan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 22 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyumbang sebanyak RM57,200 kepada masjid, surau dan rumah anak yatim serta kebajikan sempena Ramadan.

Yang dipertuanya berkata sumbangan menerusi program Kongsi Rezeki membabitkan 54 masjid dan surau solat Jumaat serta lapan rumah kebajikan serta rumah anak-anak yatim di kawasan pentadbirannya.

“Sejumlah RM1,000 disumbangkan kepada setiap penerima dan MPAJ turut menyampaikan sumbangan keperluan harian asas kepada rumah anak yatim dan kebajikan.

“MPAJ turut meraikan 160 anak yatim dengan sumbangan duit raya dengan jumlah keseluruhan RM3,200,” kata Dr Ani Ahmad menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_634317" align="alignnone" width="745"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan duit raya pada Majlis Penyerahan Sumbangan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah pada 20 Mac 2024. Foto MPAJ[/caption]

Beliau menambah pihaknya juga menjalankan pelbagai program sepanjang Ramadan antaranya edaran bubur lambuk kepada orang ramai.

“Sebanyak 300 bekas bubur lambuk telah disediakan secara gotong-royong bersama Premier Integrated Lab dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 18, wakil daripada kebun komuniti bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

“Majlis diteruskan dengan Iftar Jamaie Ampang Jaya iaitu program berbuka puasa bersama-sama di Padang Perbandaran MPAJ,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619