AGENDA

Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf

21 Mac 2024, 2:27 PM
Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf
Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf
Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf
Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf

TANJUNG KARANG, 21 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Jamek At-Tuqo, Kampung Sungai Sireh di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 466 asnaf membabitkan jumlah keseluruhan peruntukan RM233,000 sebelum berbuka puasa bersama rakyat.

[caption id="attachment_634238" align="aligncenter" width="787"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf fakir miskin daerah Kuala Selangor pada majlis perasmian Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sultan Sharafuddin juga berkenan melafazkan titah perasmian Masjid Jamek At-Tuqo sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan majlis itu.

Sultan Selangor dan Raja Muda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di masjid berkenaan bersama rakyat.

Perasmian Masjid Jamek At-Tuqo itu merupakan masjid kedua dirasmikan Sultan Sharafuddin sepanjang Ramadan.

[caption id="attachment_634240" align="aligncenter" width="851"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika hadir merasmikan Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Masjid Jamek At-Tuqo berkeluasan dua ekar dibina pada 1950 dan dibaik pulih dari semasa ke semasa serta kini mampu memuatkan 700 jemaah dalam satu masa.

Masjid berusia 74 tahun itu masih mengekalkan alat kentung untuk memberitahu penduduk masuknya waktu solat.

[caption id="attachment_634239" align="aligncenter" width="912"] Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619