AGENSI

Sedia khidmat kutipan sampah pukal sempena raya, tempah melalui i-Clean

21 Mac 2024, 6:33 AM
Sedia khidmat kutipan sampah pukal sempena raya, tempah melalui i-Clean

SHAH ALAM, 21 MAC: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menawarkan khidmat kutipan sampah pukal sempena Hari Raya Aidilfitri, yang boleh ditempah menerusi aplikasi i-Clean.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata orang ramai yang memerlukan perkhidmatan itu perlu mendaftar segera berikutan permintaan tinggi yang diterima setiap tahun.

"Tahun lepas di Subang Jaya sahaja kita terima lebih 1,000 permintaan dan tahun ini kita akan buat perkara sama tetapi saya nasihatkan jangan daftar pada saat akhir," katanya.

Ditemui pada program Bubur Lambuk Cinta Ramadan di sini hari ini, Ramli turut menyeru orang ramai mendidik diri supaya berdisiplin mengasingkan sampah untuk memudahkan semua pihak.

"Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak membazir dan mengurangkan penjanaan sampah pada bulan mulia ini kerana kebanyakan kutipan di bazar Ramadan merupakan makanan yang tidak habis," katanya.

I-Clean Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal selain memohon khidmat pembuangan sampah pukal.

Tahun lalu, aplikasi tersebut memenangi anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619