AGENDA

Bayi perempuan cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri

21 Mac 2024, 12:30 AM
Bayi perempuan cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri

JOHOR BAHRU, 21 MAC: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, di sini pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada jam 8.30 pagi.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dari 11 Mac sehingga kelmarin dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.

Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-4039257.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619