AGENDA

MB buka puasa dengan pendidik, serah sumbangan kepada PIBG sekolah

17 Mac 2024, 1:20 PM
MB buka puasa dengan pendidik, serah sumbangan kepada PIBG sekolah
MB buka puasa dengan pendidik, serah sumbangan kepada PIBG sekolah

SHAH ALAM, 17 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini meneruskan tradisi berbuka puasa bersama warga pendidik negeri ini.

Berlangsung di Dewan Raja Muda Muda, Seksyen 7 di sini, majlis dihadiri kira-kira 1,500 guru termasuk tenaga pengajar bawah kelolaan Kerajaan Negeri.

“Sejak 2018, hampir setiap tahun kita jayakan majlis ini namun terhenti pada 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19,” katanya ketika berucap.

[caption id="attachment_633614" align="aligncenter" width="638"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura sumbangan PIBG Selangor kepada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu ketika Majlis Berbuka Puasa Dato' Menteri Besar Bersama Komuniti Pendidik Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 17 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop.

Dalam majlis berkenaan, Amirudin turut menyerahkan cek cura bernilai RM840,000 sebagai simbolik sumbangan kepada 840 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di negeri ini.

Amirudin turut menyerahkan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Beliau turut menyaksikan serahan sumbangan Tijari oleh Shahzihan kepada wakil sekolah agama bawah Jais di Klang dan Petaling, masing-masing menerima RM50,000.

Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama warga pendidik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619