AGENDA

Polis serbu 11 premis pelacuran, tahan 47 individu termasuk 39 warga asing

17 Mac 2024, 11:45 AM
Polis serbu 11 premis pelacuran, tahan 47 individu termasuk 39 warga asing

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Polis menahan 47 individu termasuk 39 warga asing dalam serbuan terhadap 11 premis disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua ditahan dalam Op Noda bermula 2.50 petang hingga 11 malam itu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita tempatan serta 14 lelaki dan 25 wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun.

Beliau berkata premis berkenaan melibatkan tujuh rumah urut dan masing-masing dua premis pelacuran serta medan selera.

“Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu antaranya 20 kalung bunga, minyak urut, tujuh keping iklan pakej urutan, telefon bimbit dan wang tunai RM4,730,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata siasatan awal mendapati modus operandi premis terbabit adalah menyediakan kalungan bunga kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

“Pelanggan akan membayar harga tertentu sebelum membawa keluar wanita warga asing bagi tujuan perkhimatan seks,” katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619