AGENSI

RMS berkenan santuni anak yatim di Kuala Langat, serah sumbangan Aidilfitri

16 Mac 2024, 7:16 AM
RMS berkenan santuni anak yatim di Kuala Langat, serah sumbangan Aidilfitri
RMS berkenan santuni anak yatim di Kuala Langat, serah sumbangan Aidilfitri
RMS berkenan santuni anak yatim di Kuala Langat, serah sumbangan Aidilfitri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KUALA LANGAT, 16 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Pada program itu, Tengku Amir Shah berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bernilai RM87,900 kepada 586 anak yatim di daerah itu.

[caption id="attachment_633310" align="aligncenter" width="791"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan cek cura daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) kepada Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Baginda turut berkenan menyaksikan penyampaian cek cura sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bernilai RM600 ribu kepada Tabung Anak Yatim Yide.

Tengku Amir turut berkenan menunaikan solat Zuhur selepas program Ihya Ramadan dikendalikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Terdahulu, ketibaan Baginda disambut Pengerusi Mais Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor.

[caption id="attachment_633309" align="aligncenter" width="894"] Sebahagian anak yatim gembira setelah menerima duit raya daripada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619