AGENDA

Suami isteri maut, anak selamat dalam kebakaran rumah teres

16 Mac 2024, 3:21 AM
Suami isteri maut, anak selamat dalam kebakaran rumah teres

SHAH ALAM, 16 MAC: Dua maut, seorang terselamat dalam kebakaran rumah di Jalan SS21/18 Damansara Utama, Petaling Jaya pagi tadi.

Mangsa yang juga suami isteri berusia 55 dan 61 tahun itu bersama anak perempuan mereka terperangkap dalam rumah ketika kebakaran di rumah teres dua tingkat itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran berlaku di bilik utama di bahagaian atas serta dapur di tingkat bawah.

"Bomba terima panggilan 5.13 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara serta unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi.

"Suami isteri dan anak perempuan mereka terperangkap dalam rumah dan bomba berjaya menyelamatkan remaja perempuan berusia 14 tahun, bagaimanapun ibu bapanya gagal diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus kediaman berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619