AGENDA

Badminton All England, gandingan Pearly-Thinaah tewas suku akhir

15 Mac 2024, 12:19 PM
Badminton All England, gandingan Pearly-Thinaah tewas suku akhir

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Hasrat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2024 tidak kesampaian apabila disekat pasangan ke-11 dunia Rena Miyaura- Ayako Sakuramoto dari Jepun, hari ini.

Pada pertembungan suku akhir di Utilita Arena, Brimingham, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking dunia ke-15 itu bermula garang apabila menumpaskan Rena-Ayako 21-11 pada set pertama.

Mereka bagaimanapun terpaksa menerima kehebatan juara Terbuka Switzerland 2023 itu apabila ditundukkan 18-21, 18-21 pada dua set seterusnya.

Ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada pasangan berkenaan selepas Masters Jepun 2023.

Pearly-Thinaah bagaimanapun boleh berbangga pada edisi kali ini apabila dapat mengejutkan pasangan nombor satu dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 22-20, 21-16 pada pusingan kedua semalam selepas tewas dalam lima pertemuan terakhir.

Rena-Ayako seterusnya akan melakukan perhitungan bersama rakan senegara, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang juga pilihan keenam kejohanan pada perlawanan separuh akhir esok.

Dua lagi wakil negara membabitkan perseorangan profesional lelaki Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan beraksi pada awal pagi ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619