AGENDA

Lelaki sengaja sebabkan kemalangan untuk minta ganti rugi

11 Mac 2024, 1:00 AM
Lelaki sengaja sebabkan kemalangan untuk minta ganti rugi

GEORGE TOWN, 11 MAC: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon dan Bukit Gambir.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada kami," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Suspek kemudian meminta ganti rugi antara RM30 hingga RM100.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619