AGENSI

Program bakul makanan, MBI peruntuk RM1 juta tahun ini

9 Mac 2024, 7:59 AM
Program bakul makanan, MBI peruntuk RM1 juta tahun ini
Program bakul makanan, MBI peruntuk RM1 juta tahun ini
Program bakul makanan, MBI peruntuk RM1 juta tahun ini
Program bakul makanan, MBI peruntuk RM1 juta tahun ini

PETALING JAYA, 9 MAC : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sejumlah RM1 juta bagi program bakul makanan pada tahun ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata inisiatif tahunan itu sedikit sebanyak meringankan beban golongan berpendapatan rendah seperti menjelang Ramadan.

[caption id="attachment_632260" align="alignleft" width="306"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

"Permohonan bakul makanan juga masih dibuka dan individu yang mahu memohon boleh pergi ke pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran kawasan masing-masing.

"Program ini turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan pusat khidmat masyarakat," kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini.

Terdahulu, Ahmad Azri menyerahkan sumbangan 150 bakul makanan kepada keluarga berpendapatan rendah di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai di sini hari ini.

Salah seorang penerima Uzainawati  Abd Rahman, 49, meluahkan rasa syukur dengan sumbangan itu selain menyifatkan ia sedikit sebanyak membantu dia dan keluarga dalam membuat persiapan Ramadan.

"Sangat bagus pemberian begini dalam keadaan sekarang ini dengan sesi persekolahan pun dah nak buka ditambah pula bulan Ramadan, ia amat membantu, terima kasih Kerajaan Negeri," kata suri rumah tiga anak.

Manakala, seorang pesara Hashim Kamal Mahadi, 72, berharap bantuan ini diteruskan kerana ia amat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur golongan yang kurang berkemampuan.

"Semoga inisiatif ini diteruskan lagi kerana rata-rata penduduk di sini pendapatannya rendah ditambah kos harga barangan semakin tinggi, pemberian ini tepat pada waktunya," ujarnya.

[caption id="attachment_632263" align="aligncenter" width="692"] Petugas menyampaikan bakul makanan sumbangan MBI kepada penerima di Dewan Blok L Apartment Idaman, Damansara Damai pada 09 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_632264" align="aligncenter" width="692"] Petugas menyampaikan bakul makanan sumbangan MBI kepada penerima di Dewan Blok L Apartment Idaman, Damansara Damai pada 09 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619