AGENSI

Mais: Kelulusan RUU tambah baik pengurusan Islam di Selangor

8 Mac 2024, 7:16 AM
Mais: Kelulusan RUU tambah baik pengurusan Islam di Selangor

SHAH ALAM, 8 MAC: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Selangor) (Pindaan) 2024 semalam menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjelaskan ia termasuk urusan mahkamah syariah, pelantikan timbalan ketua pendakwa syarie, tauliah mengajar dan pengurusan halal.

"Dengan kelulusan RUU ini, Mais beriltizam untuk memantapkan lagi pengurusan agama Islam di Selangor sejajar undang-undang dan hukum syarak dengan kerjasama padu daripada agensi lain.

"Ini selaras kewajipan Mais bawah subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2023 iaitu menggalakkan, mendorong dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi juga sosial masyarakat," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah yang membentangkan RUU tersebut dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dan disokong wakil rakyat.

Beliau berharap penguatkuasaan RUU itu akan memberi nilai tambah dalam pemerkasaan agama Islam di Selangor dan menjadi penanda aras kepada pemantapan pentadbiran khasnya berkaitan halal.

Semalam, dewan meluluskan RUU berkenaan yang dibacakan Dr Fahmi selepas dibahas beberapa wakil rakyat antaranya Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Kasim.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619