AGENSI

Jalan Teluk Piah Kanan ditutup sementara bagi kerja baik pulih

8 Mac 2024, 3:21 AM
Jalan Teluk Piah Kanan ditutup sementara bagi kerja baik pulih

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 MAC: Sebahagian Jalan Teluk Piah Kanan di Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih dan turapan bermula 7 Mac hingga 30 April ini, maklum Infrasel Sdn Bhd (Infrasel).

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu menerusi Facebook menjelaskan pembaikan mulai 10 malam hingga 6 pagi menggunakan kaedah CIPR dan kerja berkaitan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

"Sehubungan itu, laluan terlibat dalam kerja pembaikan akan ditutup sementara kepada semua kenderaan bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pengguna jalan raya.

"Pengguna diarahkan untuk mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi berkenaan,” katanya.

Pada 22 Ogos tahun lalu, Eksekutif Operasi Infrasel Abdullah Hanif Abd Ghalib berkata pelaksanaan 93 projek baik pulih jalan secara besar-besaran di seluruh negeri mencapai 86 peratus.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menjelaskan berskala besar berjumlah RM50 juta bertujuan memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (8).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619