AGENDA

Sokongan ramai beri harapan prospek pulih kesilapan

7 Mac 2024, 10:40 AM
Sokongan ramai beri harapan prospek pulih kesilapan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KAJANG, 7 MAC: Program Jalinan Kasih anjuran Penjara Kajang memberi mesej kepada masyarakat supaya mengubah stigma terhadap prospek (banduan) demi membina sahsiah golongan itu pada masa depan.

Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan Fadzli Mohamad Majidi berkata cabaran besar itu perlu dihadapi berikutan penolakan orang ramai boleh menghalang mereka untuk berubah.

“Sejujurnya prospek sangat mengharap bantuan dan berminat menyertai program kemasyarakatan, cuma cabaran besar stigma masyarakat mengenai penerimaan mereka.

“Jika tiada penerimaan masyarakat terhadap prospek, ini boleh menghalang mereka untuk berubah kerana banduan memerlukan ruang dan peluang daripada masyarakat," katanya di sini semalam.

Fadzli menambah program tersebut memberi peluang kepada prospek menjalinkan semula silaturahim bagi memastikan mereka mempunyai kesedaran dan motivasi meneruskan kehidupan.

Program sempena Tahun Baharu Cina itu memilih 32 prospek berbangsa Tionghoa untuk meraikan perayaan bersama keluarga sekitar dua jam dengan jamuan ringkas dan persembahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619